Terma Dan Syarat

Sila baca terma dan syarat berikut dengan teliti sebelum membuat transaksi. myCard2u.com dimiliki oleh MCARD SERVICES (002042390-P) berhak untuk menukar terma dan syarat e-Dealer ini pada bila-bila saja, dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu ke penjual (dikenali sebagai “e-Dealer myCard2u.com”). Sebagai e-DEALER MYCARD2U.COM, adalah menjadi tanggungjawab e-Dealer untuk mengetahui secara berkala syarat & terma ini kerana ianya mungkin berubah dari masa ke semasa.

1. e-Dealer

1.1 Aplikasi sistem untuk e-Dealer ini terbuka untuk semua golongan yang berusia 18 tahun ke atas. Namun, persetujuan adalah mengikut budi bicara MYCARD2U.COM.

1.2 Pengurusan MYCARD2U.COM berhak untuk menolak status e-Dealer individu atau untuk menamatkan status e-Dealer tanpa prasangka.

1.3 Pekerja MYCARD2U.COM tidak dibenarkan menjadi e-Dealer ataupun menyertai secara langsung atau tidak langsung dalam sebarang aktiviti berkaitan MYCARD2U.COM.

1.4 Individu yang ingin menyertai MYCARD2U.COM sebagai e-Dealer terlebih dahulu perlu mengisi borang pendaftaran secara online pada website MYCARD2U.COM (www.mycard2u.com/daftar/). Mereka yang memenuhi syarat sebagai e-Dealer sahaja akan diberikan keistimewaan penuh mengunakan sistem MYCARD2U.COM. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

1.5 Selepas mendaftar, anda perlu mendepositkan RM100 atau lebih, sebagai tambah nilai kredit ke akaun e-Dealer anda. Dan akan menerima email daripada kami yang mengandungi Id e-Dealer dan Password untuk sistem online MYCARD2U.COM selepas tambah nilai berjaya. Sila simpan slip Bank untuk pengesahan.

1,6 ID e-Dealer ini tidak boleh dipindahmilik dan terhad untuk non-Dealer atau Dealer berdaftar yang lain. Sekiranya perlu, e-Dealer perlu menghantar email untuk tujuan penamatan.

1.7 e-DEALER perlu maklum bahawa MYCARD2U.COM mengunakan konsep pra-bayar untuk semua urusan pesanan. e-Dealer boleh menambah nilai kredit pada bila-bila masa. Setiap pesanan yang dibuat akan mengurangkan baki kredit mengikut harga yang ditetapkan.

1.8 Akaun e-DEALER anda boleh ditamatkan pada bila-bila masa dan baki didalam akaun anda akan dipulangkan sepenuhnya dalam masa 7 hari bekerja. Anda juga perlu memulangkan ke semua peralatan yang diberikan oleh MYCARD2U.COM (Kit Permulaan).

2. PEMESANAN

2.1 Semua produk cetakan MYCARD2U.COM akan dilakukan oleh MYCARD2U.COM atau pembekal yang dilantik. e-Dealer tidak berhak untuk memberi arahan kepada kami atau pembekal berkenaan sebarang urusan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, e-Dealer perlu menghantar email kepada admin MYCARD2U.COM.

2.2 e-Dealer MYCARD2U.COM bertanggung jawab kepada pelanggan mereka terutamanya berkaitan bayaran dan masa penghantaran.

2.3 MYCARD2U.COM tidak menerima sebarang tempahan secara langsung dari pelanggan e-Dealer.

2.4 Semua pesanan hendaklah dihantar secara online.

2.5 MYCARD2U.COM berhak untuk menolak arahan yang tidak sesuai dengan spesifikasi produk standard untuk tujuan cetakan. Segala produk hendaklah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh MYCARD2U.COM. Sila rujuk keterangan produk.

2.6 Setelah e-Dealer menghantar pesanan cetakan untuk MYCARD2U.COM, ia anggap proses pembelian. Tempahan tidak boleh dibatalkan selepas jam 4.00 petang.

2.7 Jika permintaan e-Dealer untuk membatalkan tempahan yang belum diproses atau sebelum jam 4.00 petang, kos produk akan dipulangkan secara automatik dan ditambah kembali ke akaun kredit e-Dealer.

2,8 Pesanan tidak akan diproses jika kos produk melebihi jumlah kredit yang terdapat dalam akaun e-Dealer. Jika hal ini berlaku, e-Dealer perlu untuk menambah jumlah kredit untuk meneruskan pesanan.

2,9 MYCARD2U.COM menyediakan perkhidmatan percetakan untuk e-Dealer nya saja.

2.10 MYCARD2U.COM tidak memberikan resit rasmi dalam bentuk cetakan untuk semua pembelian. Walaubagaimana pun, MYCARD2U.COM akan menghantar resit rasmi melalui email e-Dealer.

2.11 e-Dealer perlu mengemas-kini akaun secara harian memperolehi infomasi dari MYCARD2U.COM.

2.12 e-Dealer diharuskan untuk mempunyai baki kredit yang cukup dalam akaun mereka untuk membuat sebarang tempahan.

2.13 MYCARD2U.COM atau pihak admin akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengadili setiap e-DEALER yang membuat penipuan deposit untuk MYCARD2U.COM. MYCARD2U.COM juga akan menamatkan perkhidmatan e-Dealer nya dan akan disenarai hitamkan.

3. Sistem Pra-Bayar MYCARD2U.COM

3.1 MYCARD2U.COM menggunakan sistem prabayar, setiap tempahan akan ditolak dari kredit e-Dealer. Sebarang menambah kredit perlu mengisi borang yang disediakan dalam sistem e-Dealer dan perlu mengemukakan bukti transaksi yang sah.

3.2 Cara menambah nilai kredit e-Dealer:

(I) BANK-IN untuk MYCARD2U.COM. di akaun bank MCARD SERVICES di CIMB Bank: 0403-0000285-10-9. atau;

(Ii) Cek dikemukakan kepada MCARD SERVICES atau;

(Iii) Interbank DANA TRANSFER ke CIMB Bank: 0403-0000285-10-9 (MCARD SERVICES)

3.3 Pertambahan jumlah baki kredit akan dibuat setelah transaksi dilihat pada penyata bank MCARD SERVICES ataupun secara perbankan online.

3.4 Jumlah wang minimun untuk menambah nilai bermula dari RM50 untuk deposit bank (tunai / cek), pemindahan dana antara bank online.

3.5  MYCARD2U.COM tidak memberikan resit rasmi untuk menambah nilai kredit e-Dealer tetapi MYCARD2U.COM akan memberikan email pengesahan dan resit keatas pembayaran tersebut.

3.7 Baki kredit didalam akaun e-Dealer tidak mempunyai tarikh luput.

3.8 e-Dealer boleh menamatkan status sebagai e-Dealer pada bila-bila masa dan baki kredit akan dipulangkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

4. HARGA / PENGHANTARAN

4.1 Harga semua produk MYCARD2U.COM adalah tertakluk kepada pemilihan kami.

4.2 Tidak ada bayaran tambahan untuk penghantaran di sekitar Bandar Melaka.

4.3 Cetakan ulangan akan dikenakan harga yang sama.

4.4 Perkhidmatan, produk dan harga boleh berubah dari masa ke semasa.

4.5 Semua barang dihantar ke e-Dealer oleh pihak syarikat atau melalui perkhidmatan yang dilantik.

4.6 MYCARD2U.COM tidak akan berkaitan dengan semua pelanggan e-dealer.

4.7 MYCARD2U.COM hanya akan menerima pesanan untuk penghantaran segera melalui perkhidmatan EXPRESS PRINT.

4.8 MYCARD2U.COM hanya akan menyediakan penghantaran ke alamat yang didaftarkan oleh e-Dealer.

4.9 Semua barang akan dihantar terus ke e-Dealer dan boleh mengambilnya sendiri di pejabat MYCARD2U.COM.

4.10 Barang dihantar ke e-Dealer disediakan dengan standard pembungkusan MYCARD2U.COM. Setelah barang dihantar ke e-Dealer, ianya tidak lagi menjadi tangungjawab MYCARD2U.COM.

5. FILE Artwork Tempahan / Pesanan

5.1 Semua artwork dan design e-Dealer disimpan ke dalam fail individu dan mengikut peraturan masing-masing.

5.2 Semua artwork dan design harus dihantar ke MYCARD2U.COM melalui sistem e-pesanan. Sila download spesifikasi artwork (Template) mengikut standart MYCARD2U.COM yang dibenarkan.

5.3 MYCARD2U.COM tidak bertanggungjawab keatas hasil warna yang berlainan daripada monitor atau daripada penghasilan artwork. Kami  MYCARD2U.COM menyediakan cetakan mengunakan format warna CMYK COLOR CHART sahaja untuk setiap jenis cetakan.

5.4 MYCARD2U.COM tidak memberikan jaminan keatas hasil cetakan yang berbeza walaupun ianya diulang cetak.

5,5 MYCARD2U.COM tidak memberikan jaminan keatas high spot uv pada hasil cetakan yang kurang dari 1pt.

5.6 Untuk mengelakkan kelewatan atau ketidakselesaan, e-Dealer disarankan untuk menyemak status pesanan melalui sistem MYCARD2U.COM.

5.7 Jika artwork atau design e-Dealer tidak memenuhi syarat percetakan, MYCARD2U.COM akan menghubungi e-Dealer dan membatalkan pesanan.

5.8 Jika e-Dealer bersetuju meneruskan untuk mencetak tanpa melakukan pembetulan yang disyorkan. e-Dealer bertangungjawab keatas risiko nya. MYCARD2U.COM tidak dapat bertanggungjawab atas hasil cetakan.

5.9 Jika e-Dealer membuat kesalahan (memilih salah kuantiti, bahan, atau dll) dan telah menghantar pesanan, e-Dealer harus menelefon untuk memberitahu MYCARD2U.COM segera. MYCARD2U.COM tidak akan bertanggungjawab keatas kesalahan yang dibuat oleh e-Dealer selepas jam 4.00ptg pada hari yang sama.

5.10 MYCARD2U.COM tidak akan bertanggungjawab keatas kesalahan ejaan, no telefon, alamat dan sebagainya keatas artwork dan design e-Dealer .

5.11 Tidak ada perubahan yang boleh dibuat untuk artwork dan design selepas jam 4.00ptg pada hari yang sama.

5.12 e-Dealer menghantar semula artwork atau design walaupun untuk mengulang cetak.

5.13 MYCARD2U.COM tidak bertanggung jawab atas pelangaran hasil karya yang dihantar oleh e-Dealer, namun semua hasil karya e-Dealer adalah sulit.

5.14 MYCARD2U.COM tidak akan mencetak artwork atau design yang mempunyai unsur-unsur lucah, jenayah atau pun melangar undang-undang pihak berkuasa.

6. HASIL PERCETAKAN

6.1 Ketepatan warna 100% adalah tidak dijanjikan mengikut ayat 5.3 yang telah dinyatakan diatas.

7. Jaminan Cetakan Semula

Jika e-Dealer tidak puas hati dengan hasil produk, sila hubungi dan e-mel MYCARD2U.COM dalam masa 7 hari dari tarikh tempahan.

Sila sertakan Id e-Dealer, gambar dan alasan ketidakpuasan. Jika e-Dealer belum menerima tempahan mereka dalam masa penghantaran yang ditentukan, sila MYCARD2U.COM selewat-lewatnya 3 hari kerja dari tarikh masa penghantaran yang telah ditetapkan. MYCARD2U.COM akan membuat pemantauan berkenaan laporan e-Dealer.

Sila ambil perhatian: MYCARD2U.COM hanya akan mencetak semula hasil cetak yang gagal memenuhi syarat-syarat kualiti. Namun, MYCARD2U.COM tidak bertanggung jawab untuk kesalahan menaip, gambar, atau kesalahan artwork/design yang dihantar oleh e-Dealer.

8. e-Tutorial MYCARD2U.COM

8.1 MYCARD2U.COM menyediakan e-tutorial kepada e-Dealer dan MYCARD2U.COM tidak bertangungjawab keatas kesalahan maklumat daripada e-tutorial tersebut.

8.2 Ini kerana e-tutorial tersebut hanyalah sistem sokongan kepada e-dealer dan ianya diberikan secara percuma.

8.3 Sebarang artikal, video, ataupun teks yang terkandung dalam e-tutorial tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan pengedaran semula.

9. MYCARD2U.COM merupakan hak cipta yang terpelihara

9.1 Nama, teks, imej, Bar warna dan logo yang menjadi identiti kepada MYCARD2U.COM atau MCARD SERVICES. dan segala produk dan perkhidmatan adalah merupakan hak cipta terpelihara yang dilindungi paten nya oleh Ahta Hak Cipta Terpelihara. Tidak ada sebarang hasil dari MYCARD2U.COM boleh digunakan untuk tujuan promosi luar.

9.2 Jika e-Dealer melanggar peraturan ini, cadangan oleh pihak pengurusan untuk menamatkan perkhidmatan e-Dealer serta-merta.

10. Hak karya e-Dealer

Semua artwork/design oleh e-Dealer yang dihantar kepada MYCARD2U.COM, pihak kami berhak untuk mengunakan bagi penghasilan stater-kit, atau tujuan promosi berkaitan dengan MYCARD2U.COM.

11. DASAR PRIVASI MYCARD2U.COM

11.1 MYCARD2U.COM mengumpul maklumat untuk memproses tempahan e-Dealer, membimbing dan meningkatkan pengalaman perniagaan dalam bidang percetakan ini.

11.2 Pada bila-bila masa e-Dealer boleh menukar detail akaun dan alamat e-mel dengan mengemas-kini profile di halaman e-Dealer.

11.3 Ketika e-Dealer login, MYCARD2U.COM mengumpul data Id e-Dealer, password, dan IP Address. Ini bagi tujuan keselamatan dan privasi MYCARD2U.COM.

11.4 Untuk membantu e-Dealer kami menyediakan butiran terperinci mengenai harga, jenis produk dan maklumat berkaitan. Ianya adalah rahsia dan tidak boleh diedarkan atau dimaklumkan kepada umum.

11.5 MYCARD2U.COM mengalukan sebarang komen dan pandangan e-Dealer. Hantarkan melalui email admin@mycard2u.com.

Comments are closed.