Dalam usaha mewujudkan rangkaian perniagaan percetakan
e-teknologi secara terbuka kepada semua golongan, kami memberikan komitmen yang penuh bagi menyediakan sebuah platfom sokongan e-dealer ini yang mesra penguna. Secara teknikalnya, saya membangunkan laman myCard2u.com ini bersama-sama isteri setelah membuat beberapa kajian terperinci dengan mementingkan keperluan bersama.
Kami amat mementingkan pelangan kami iaitu e-dealer kerana pelangan adalah tulang belakang kepada kejayaan sesebuah perniagaan itu. Kami akan menyediakan sistem sokongan yang menyeluruh bermula dari penyediaan artwork sehinggalah teknik marketing (pemasaran).
Dalam memacu usaha ini, kami yakin dapat menberikan perkhidmatan dan kejayaan kepada semua berdasarkan pengalaman kami menceburi bidang percetakan ini.
Sejak awal tahun 2010, Rahadatul Aisy, telah menyediakan peluang perniagaan cetakan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kejayaan kami disebabkan oleh penghantaran dalam tempoh masa yang singkat dan harga yang ditawarkan jauh lebih murah.
Rahadatul Aisy, menyediakan cetakan offset dan digital dalam warna penuh untuk kad nama, kad pos, kad ucapan, penanda buku, flyer promosi, brosur, poster, beg kertas, folder syarikat, buku panduan, kad plastik 500gsm, kalendar desktop dan sebagainya.
Rahadatul Aisy, menerima tempahan dari seluruh Melaka melalui pengedar kami. Dan sekarang kami telah mengembangkan platform mencetak menyeluruh dengan memperkenalkan sistem talian dengan nama mycard2u.com dan membuka ruang kepada semua golongan untuk menceburi bidang percetakan ini. Dengan mengunakan kaedah terkini dalam Teknologi Maklumat, kami meningkatkan usaha bagi mengurangkan kos dan mempercepatkan proses penerimaan kepada pelangan.
Kami menjamin kepada seluruh pengedar bahawa kami akan mempertahankan motto ‘Anda lakukan Perubahan’.
*myCard2u.com adalah cawangan tunggal Rahadatul Aisy.

