Kad Kahwin Termurah

Kad Kahwin Termurah

Salam semua,

Untuk Disember kali ini, kami menawarkan jualan promosi yang sangat luar biasa! Jualan kami serendah 20sen sekeping untuk KAD KAHWIN TERMURAH. Harga ini mungkin tidak akan dapat dimana-mana. Dan tempoh masa adalah terhad sehingga 31 Disember 2012. Selepas itu, harga akan dinaikkan seperti asal.

Anda jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki Kad Kahwin Termurah dengan kualiti yang dijamin 100%.

Untuk tempahan segera : Layari laman web jualan kami di http://store.mycard2u.com

Posted in Uncategorized | Tagged , | 3 Comments

Deepavali (maksud sebenar)

Deepavali

Happy Deepavali

Kepada semua pembaca Blog ini yang beragama hindu dan menyambut Deepavali, kami di Mycard2u ingin mengucapkan Happy Deepavali! Semoga kamu semua dirahmati dan sihat sentiasa.

Dan untuk makluman semua juga, kami bercuti pada 13 November hingga 15 November. Kami akan meneruskan operasi pada hari Jumaat iaitu 16 November 2012.

Bestkan kita jadi rakyat Malaysia, banyak sambut perayaan yang kita dapat rasa. Masyarakat yang berbilang kaum menjadikan kita lebih bersatu. Tapi ingat, Bukan 1 Malaysia tau!

Ok semua, jemput makan maruku..

Korang semua tahu tak apa maknanya Deepavali?

Berikut dipetik dari Mstar Online..

DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Perayaan itu jatuh pada 13 November pada tahun ini.

Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya)

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Masyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:

PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.

Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.

SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.

Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.

Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.

Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.

Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.

Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.

Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. – Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL AWANG

Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.

Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.

Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.

PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.

Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.

Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).

Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah ‘pergi’ buat selam-lamanya.

Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.

Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Posted in Uncategorized | Tagged | 39 Comments

Kad Kahwin trend terkini

Salam dan selamat sejahtera semua.. Untuk kali ini saya akan mengupas tentang kad kahwin. Kad kahwin atau kad undangan perkahwinan ini merupakan perkara wajib pada masa kini. Sehinggakan ada yang menolak untuk hadir ke majlis perkahwinan semata-mata kerana tidak mendapat kad jemputan atau kad kahwin.

Memang kad kahwin merupakan perkara wajib dalam sebuah majlis perkahwinan impian. Tapi persoalannya memilih kad kahwin merupakan perkara yang selalu membuntukan pasangan pengantin. Terlalu banyak trend terkini kad kahwin, dari yang murah sehingga lah mencecah RM10 sekeping. Pada pandangan saya pula, untuk kad kahwin ini jangan lah terlalu membazir sehinggakan terpaksa mengikat perut selepas majlis perkahwinan nanti. Biar lah berpada dengan majlis itu nanti. Sekiranya majlis anda memcecah Ratusan ribu, berbaloilah kad kahwin nya mencecah RM10 sekeping. Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri.

Ok untuk trend terkini kad kahwin, kebiasaannya pasangan pengantin tidak lagi memilih kad-kad klasik seperti gambar tepak sirih, gambar cincin perkahwinan dan corak batik sulaman. kad kahwin terkini biasanya mempunyai lebih warna dan lebih ceria.

 

kad kahwin klasik

kad kahwin klasik

kad kahwin klasik

kad kahwin klasik

Trend terkini kad kahwin seperti corak abstract, flower, floral, fantasy, pattern, facebook, colourfull dan berbagai lagi mengikut citarasa tersendiri pengantin tersebut. Antara kad kahwin terkini adalah seperti :

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

kad kahwin terkini

Untuk melihat lebih banyak kad kahwin trend terkini, boleh layari www.mycard2u.com

KAD KAHWIN

Posted in Uncategorized | Tagged | 205 Comments

Kad kahwin tema fantasi

 

kad kahwin

muka hadapan dan belakang kad kahwin

Untuk kad kahwin kali ini saya mempertengahkan konsep atau tema fantasi kerana kad kahwin ini mempunyai gambar pengantin di tengah-tengah awan yang berwarna warni. Gambar awan dan pengantin ini seolah-olah berada di langit awan yang biru.

kad kahwin

muka dalam kad kahwin

Untuk latar belakang pula kami hanya mengunakan bayang bulatan dan tidak terlalu menonjol. Bertujuan untuk memberikan impak yang lebih menyerlah kepada gambar hadapan kad kahwin ini. Walaupun nampak ringkas tetapi sangat menarik.

kad kahwin

gambar sebelum di edit

Gambar pula di edit ringkas untuk mendapatkan kecerahan yang baik. Potongan pada backgroud gambar asal dan gambar di dekatkan supaya nampak bercantum.

Saiz pula ialah 182mm x 166mm apabila dibuka, dan bila di lipat, kad kahwin ini bersaiz 91mm x 166mm. Kad kahwin ini cuma 2 lipatan sahaja. Untuk kandungan didalam kad kahwin ini pula sesuai untuk satu pihak atau kedua-dua belah pihak pengantin.

Harga kad kahwin ini pula bermula dari 40sen sekeping untuk 1000pcs. Memang agak murah dan berbaloi untuk kad kahwin impian anda!

kad kahwin

bunting yang dihasilkan mengikut tema kad kahwin ini

Dan dengan design kad kahwin ini juga saya menghasilkan bunting. Memang amat menarik dan pelangan amat berpuas hati.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, klik http://mycard2u.com/print/kad-kahwin-fb

KAD KAHWIN

Posted in Uncategorized | Tagged | 32 Comments

Banner

Banner adalah merupakan satu kaedah penting dalam pengiklanan sekarang, dan hampir setiap hari kita melihat banner di sepanjang perjalanan kita. Dan untuk pemahaman anda banner ini terbahagi kepada 2 jenis, iaitu secara fizikal atau secara maya.

Untuk kali ini, saya akan mengulas berkenaan banner fizikal sahaja, iaitu banner yang anda nampak di gantung. Banner menurut Wikipedia ialah bendera atau jenis kain yang mengandungi simbol, logo atau ayat. Dan sesuai dengan keterangan tersebut, banner bukan hanya perlu cantik dilihat tetapi perlulah jelas menyampaikan ayat dan isi kandungannya.

Banner kebiasaannya di gantung di sekitar kawasan tumpuan orang seperti di tepi jalan raya atau di hadapan bangunan. Melalui pengalaman saya, banner ini hanya dibaca sekitar 3 – 5 saat sahaja. Bayangkan banner yang digantung di tepi jalan, adakah anda mampu untuk membaca sehingga 1 minit? Jadi, dengan hanya 3 – 5 saat itu anda perlu menyampaikan semua mesej yang ada untuk pelangan anda faham. Atau anda cuma menyediakan banner yang cantik hanya sekadar untuk ditatapi tanpa mendapat apa-apa.

Antara tips yang saya dapat kongsikan disini berkenaan banner anda ialah,

1) Banner anda perlulah mempunyai mesej yang ringkas dan padat untuk pelangan baca kurang dari 5 saat.

2) Banner anda perlu mempunyai tulisan yang senang dibaca dan besar.

3) Banner anda perlu mengunakan warna yang menarik perhatian dan kontra dari kawasan tempat banner itu di gantung.

4) Banner anda perlu mengikut saiz yang betul dengan tempat untuk mengantungkannya.

Harga banner pula biasanya mengikut saiz, semakin besar banner anda semakin tinggi harganya. Untuk tempahan banner anda boleh klik sini > http://mycard2u.com/print/

Dah tahu serba sedikit mengenai banner? Apa kata anda lihat bagaimana banner ini dicetak mengunakan large format printer

Sampai sini sahaja untuk kali ini dan semoga anda mendapat pengiklanan yang terbaik dari banner.

 

Posted in Uncategorized | Tagged | 465 Comments

Aktiviti Sabtu

Hi selamat pagi semua.. Hari sabtu walaupun kami menutup operasi, tetapi adakalanya penghantaran kepada pelangan dijalankan. Ada juga yang ingin membuat tempahan, itupun kami terima. Asalkan tidak mengecewakan pelangan.

Tip untuk hari ini, sebelum anda bercadang untuk pergi membuat tempahan kad kahwin, pastikan anda membawa persiapan tentang nama, alamat, nama untuk turut mengundang dan yang paling penting draft kan peta ke lokasi majlis. Kalau ada gambar untuk dimasukkan ke dalam kad, sila bawa bersama. Jangan lupa juga bawalah duit, kalau tidak ada duit macam mana nak buat tempahan..

Oklah, itu saja dari kami, semoga hari minggu anda bermakna bersama orang tersayang..

Posted in Uncategorized | 20 Comments

Tip menghasilkan Logo Perniagaan

Ciptakan satu logo untuk perniagaan anda. Logo, walaupun kecil, memberi impak yang amat besar kepada sesuatu perniagaan. Kecil-kecil cili padi la katakan!

Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar/imej daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah ingat logo/imej anda. Di situ la datangnya pepatah “A picture paints a thousand words”

Coca-Cola, Pepsi, 7-eleven, Shell, Petronas, Malboro, Dell, Windows, Intel-Inside, Tip Satu Minit… dapatkah anda gambarkan logo-logo tersebut? Sudah pasti!

Cuba fikir sejenak dan lihat disekeliling anda. Kesemua perniagaan, produk dan perkhidmatan yang berjaya pasti mempunyai LOGO tersendiri. Anda juga perlukannya untuk berjaya!

Untuk menghasilkan LOGO, perkara yang paling penting ialah LOGO anda mudah di ingati. Jangan terlalu berserabut. Sebaiknya guna kan LOGO berkonsep font based, seperti McD, KFC dan lain2.

Pastikan LOGO anda sesuai diaplikasikan di setiap tempat, contohnya pada sulaman baju, sign board, letter head, sticker kereta dan semestinya pada business card. Jangan buat LOGO anda lebih dari 1 kerana ini akan mengelirukan pelangan.

Pastikan juga LOGO anda boleh dicetak mengunakan warna hitam putih, ini penting sekiranya anda perlu membuat salinan dokumen mengunakan fax atau mesin photostat.

Itu sahaja dari saya, semoga anda mendapat manafaat.

Posted in Uncategorized | 4 Comments

Kenapa perlu Kahwin

Sudah fitrah manusia

– sudah lumrah alam, wanita dicipta untuk lelaki dan begitu jugak sebaliknya. Perkahwinan pulak suatu penyatuan di antara dua jiwa dan sesuatu yang menghalalkan hubungan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama. So, bleh dikatakan bahawa perkahwinan tue adalah sesuatu yang wajib di dalam hubungan lelaki dan wanita.

Kerana agama

– Semua agama di dunia ini menyarankan agar manusia berkahwin dan membina keluarga. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. Dari segi agama, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan wanita.

Mengembangkan zuriat

– Salah satu sebab penting kenape manusia kawin ialah untuk membina keluarga dengan mengembangkan zuriatnya dengan cara yang halal. Namun, ada gak pasangan yang sudah lama kawin, tapi masih tak dikurniakan rezeki anak. Itu semer kijer Tuhan, dan kita hanya perlu berusaha, bersabar dan banyakkan berdoa.

Keluarga bahagia Que dan Jasmine

Dah sampai jodoh

– Kalau dah ada jodoh tue, lari ke mana pun, akan tetap bertemu jua. Ada orang yang cepat bertemu jodoh dan ada gak yang lambat sket bertemu jodohnya. Tapi, kalu dah sampai seru tue, elokla kawin cepat2 yer..

Kerana cinta

– Sesetengah orang berkahwin kerna cinta. Atas dasar cinta inilah, seseorang tue mempunyai keinginan untuk hidup semati dengan pilihan hatinya. Kengkadang tue, ada sesetengah orang sampai tak mau kawin langsung jika tak dapat hidup dengan cinta hatinya. So, cinta nie bleh dikatakan antara sebab penting berlakunya perkahwinan di antara 2 insan.

Mengelakkan fitnah orang ramai

– Dalam masyarakat Melayu khususnya, berdua-duaan di antara lelaki dan wanita yg belum kawin adalah sesuatu yang ditegah oleh agama. Kalu dah ada ikatan perkahwinan yg sah tu, nak buat apa2 pun, takde orang yang akan larang ataupun membuat fitnah, betul tak? So, cepat2 lah kawin… :-p

Ada teman untuk hidup bersama

– Kehidupan bleh jadi sangat sunyi kalu takde orang untuk berkongsinya. Semua orang perlukan teman hidup. Pergi ke mana2 berdua, cakap2 pun berdua dan kongsi masalah pun berdua. Dan yang bestnya, kalu kita sakit, ada orang yang jaga kita J Perkahwinan mengelakkan seseorang tue daripada hidup bersendirian sampai ke tua.

Kasih sayang sampai ke tua…

Untuk jamin kehidupan yang lebih baik

– “2 is better than 1”, betul tak? – maksudnya kalu dah berkahwin tue, kedua2 suami isteri nie dapat saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Kewangan pun akan bertambah mantap jika kedua laki bini bekerja, jadi kehidupan boleh menjadi lebih baik lagi.

Posted in Uncategorized | Tagged | 5 Comments

Profile Admin

Selepas menamatkan pengajian pada 2007 di dalam bidang Perakaunan, beliau telah berkhidmat di salah sebuah syarikat Multi Level selama 3 tahun sebagai motivator dan pemasaran.

Setelah beberapa tahun di dalam bekerja dengan syarikat milik orang lain, beliau telah membuat keputusan untuk mula mempelajari tentang Business sendiri pada tahun 2010 dari KOSONG dan pada tahun 2011, myCard2u.com dihasilkan bagi memenuhi kehendak pelangan di seluruh Negara.
Dengan izin Allah SWT, sejak awal tahun 2011, myCard2u.com telah menyediakan perkhidmatan percetakan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kejayaan kami disebabkan oleh penghantaran dalam tempoh masa yang ditetapkan dan harga yang ditawarkan berpatutan dipasaran.

myCard2u.com, menyediakan cetakan offset dan digital dalam warna penuh untuk kad nama, kad pos, kad ucapan, penanda buku, flyer promosi, brosur, poster, beg kertas, folder syarikat, buku panduan, kad plastik 500gsm, kalendar desktop dan sebagainya.

myCard2u.com, menerima tempahan dari sektor swasta, badan kerajaan dan individu di seluruh Melaka dan seluruh Malaysia am nya. Dalam usaha memacu kejayaan, kami sentiasa memastikan kepuasan pelangan dalam segala aspek termasuk reka bentuk, kualiti percetakan dan kualiti penghantaran.

myCard2u.com juga menyediakan cetakan untuk pemborong dan perniaga kecil dan kami mempunyai wakil jualan seramai 60 orang diseluruh Malaysia. Kami yakin dengan perkhidmatan yang disediakan dapat memberikan keuntungan kepada semua pihak.

Apa yang penting bagi kami ialah menjalankan perniagaan mengikut prinsip dan syariah semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Kami berusaha semampu yang boleh dengan keizinannya.

Impian kami di myCard2u.com adalah menjadi sebuah organisasi perniagaan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan menjana ekonomi ummah.

 

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 15 Comments